Skip to main content

Hiburan

Zarif Ghazi Buat Aina Abdul Kurang Gementar Sebab...

Aina Abdul

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul akui selesa bergandingan dengan pelakon Zarif Ghazi dalam muzik video (MV) lagu terbaharunya berjudul Sesaat.

Menurut Aina, Zarif banyak membantunya terutama dalam aspek lakonan agar dapat mengurangkan rasa gementar di set penggambaran.

“Dia banyak ajar saya macam mana nak bagi facial expression jadi kita ada bercakap sebelum kita punya scene. Saya bagi tahu dia apa kesukaran saya apa semua, jadi dia adalah orang yang mengajar saya, benda itu yang buat saya kurang gementar,” katanya kepada Gempak. 

Dalam pada itu, pemenang Vokal Wanita Terbaik AIM24 itu turut berkongsi bahawa Zarif adalah pilihan peribadinya untuk membintangi MV Sesaat. 

Jelas Aina, selepas melihat keperibadian serta karakter Zarif, dia tertarik untuk bekerjasama dengan pelakon muda yang sedang meningkat naik itu. 

“Sebenarnya saya sendiri yang pilih dia untuk membintangi MV ini. Semasa terlibat dalam satu projek bersama dengan beberapa rakan artis lain, saya memerhatikan karakter dia. Saya rasa dia seorang yang charming dan personaliti dia sangat kena dengan saya. 

“Jadi saya rasa dia calon yang sangat sesuai untuk MV ini, jadi selepas beberapa hari saya terus minta team saya melamar dia,” ujar Aina. 

Sekadar info, lagu Sesaat mendapat sentuhan kreatif penulis dan komposer Indonesia iaitu Trakast, Fabio Asher, Yafi Aria dengan Yafi Aria dan Rico Andre sebagai penerbit.

Advertisement

Sesaat boleh didengari di semua platform penstriman utama seperti Apple Music, Spotify dan YouTube Music bermula 26 September 2025. 

Muzik video rasmi Sesaat juga akan dilancarkan serentak pada 26 September 2025 di saluran YouTube rasmi Aina Abdul. 

Visual ini dijanjikan penuh simbolik, mencerminkan perjalanan emosi dalam lagu yang bakal membuatkan pendengar bukan sahaja mendengar, tetapi juga merasakan kisah yang ingin disampaikan.

Must-Watch Video

Advertisement