Skip to main content

Selebriti

Zoo Tawar Gaji RM60,000 Jadi Beruang, Kongsi Syarat Utama Bekerja

IMG 6977

Sekilas

  • Sebuah zoo di China menawarkan gaji tahunan sebanyak 100,000 yuan (kira-kira RM60,000) untuk individu yang sanggup memakai kostum beruang hitam dan berinteraksi dengan pengunjung.
  • Kerja ini memerlukan pekerja berusia 18 tahun ke atas bekerja enam jam sehari dengan cuti empat hari sebulan, dan mereka dilarang bercakap kecuali dalam kecemasan.
  • Pekerja juga perlu bersedia menerima makanan atau minuman daripada pengunjung, manakala kostum yang dipakai diperbuat daripada bahan lembut tanpa penjelasan tentang sistem pengudaraan.

Sebuah zoo di China menarik perhatian ramai selepas menawarkan gaji tahunan sebanyak 100,000 yuan (kira-kira RM60,000) kepada individu yang sanggup bekerja dengan memakai kostum beruang hitam.

Menurut laporan VnExpress yang memetik Jiupai News, tawaran kerja unik itu dibuka oleh Zoo Hidupan Liar Luohe di wilayah Henan bagi mencari individu berusia 18 tahun ke atas untuk berinteraksi dengan pengunjung.

Pihak pengurusan zoo memaklumkan kostum yang disediakan diperbuat daripada bahan lembut, namun tidak menjelaskan sama ada ia dilengkapi sistem pengudaraan atau kipas bagi memberi keselesaan kepada pekerja.

Berdasarkan skop tugas, individu yang berjaya perlu bekerja selama enam jam sehari dengan kemudahan cuti empat hari setiap bulan.

Antara syarat utama pekerjaan itu ialah pekerja dilarang bercakap ketika bertugas dan hanya dibenarkan berkomunikasi melalui bunyi seperti dengkuran, kecuali dalam situasi kecemasan.

Menurut South China Morning Post, pekerja turut perlu bersedia menerima makanan atau minuman yang diberikan oleh pengunjung zoo.

Sumber: Sinar Harian



 

Anda mungkin berminat dengan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)

(Ready Stock) Foil Tinsel Wigs Glitter Funny Halloween Colored Cosplay Metallic Crazy Masquerade Shiny Party Acessories

(Ready Stock) Foil Tinsel Wigs Glitter Funny Halloween Colored Cosplay Metallic Crazy Masquerade Shiny Party Acessories

LIGHTNING ASE CASUAL SNEAKERS FOR MEN AND WOMEN

LIGHTNING ASE CASUAL SNEAKERS FOR MEN AND WOMEN

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

(16 Colors) Afro Hair Wig Clown Wig Fancy Dress Hair Wigs Disco Costume Cosplay Hair Halloween Rambut Palsu Meletup小丑假发

(16 Colors) Afro Hair Wig Clown Wig Fancy Dress Hair Wigs Disco Costume Cosplay Hair Halloween Rambut Palsu Meletup小丑假发

[MEOW] Sandal Lelaki Tapak Selesa Selipar Lelaki Viral Kasual Black Adjustable Bertali Men Sandals

[MEOW] Sandal Lelaki Tapak Selesa Selipar Lelaki Viral Kasual Black Adjustable Bertali Men Sandals

Must Watch Video

Advertisement