Negara dilihat lebih mengamalkan pendekatan merawat dan bukannya mencegah menyebabkan masalah pencemaran sungai tiada berkesudahan.

Pakar alam sekitar daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman berkata, bagi mengatasi masalah itu, empat perkara perlu diberi tumpuan iaitu mengubah pendekatan, penggunaan teknologi, penguatkuasaan lebih berkesan dan pendidikan berterusan.

BERITA TRENDING: Salurkan Maklumat Pencemaran Sungai Selangor, Ganjaran RM5,000 Milik Anda!

BERITA TRENDING: Asyik Kena Gangguan, Netizen Troll Air Selangor Kena Pergi 'Berubat'; “Dah Boleh Pergi Darussyifa”

BERITA TRENDING: Hikmah PKP Terhadap Alam Sekitar – Tiada Lagi Air Sungai ‘Teh Tarik’ Dan Pencemaran Udara, Bersihnya!

Pendekatan kerajaan

Menurutnya, walaupun kerajaan membuat polisi, perundangan dan pelbagai garis panduan tetapi sebilangan pihak berkepentingan termasuk pihak industri, pertanian dan domestik akan mengabaikan aspek berkenaan.

“Pemikirannya masih tidak berubah, maksudnya mereka hanya lihat bila tercemar, baru nak rawat.

"Maka isu ini sampai bila-bila akan berlaku. Sebab itu paling utama adalah kerajaan perlu mengubah pendekatan kepada mencegah sebagai keutamaan.

“Kedua, pihak berkepentingan terutama pihak industri dan pertanian berskala besar atau seumpamanya mestilah menggunakan teknologi terkini yang mampu merawat sisa saliran sebelum dilepaskan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkenaan 25 daripada 672 sungai di negara ini berada dalam kategori tercemar.

Jelas Fadillah, sungai tercemar itu dikesan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak membabitkan pengkelasan kualiti air sungai (IKA) kelas tiga dan empat manakala antara punca pencemaran adalah kerana industri, loji kumbahan, perbandaran, pertanian, perumahan serta penternakan.

Tambah Haliza, agensi penguatkuasaan juga mestilah bertindak secara berkesan dan tidak boleh lagi bergantung kepada tenaga manusia semata-mata.

Dron & CCTV

“Kena faham kalau nak gunakan kekuatan manusia semata-mata, kita ada kekangan. Justeru, boleh gunakan teknologi seperti dron atau kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh pantau 24 jam.


“Ia boleh bantu dalam pemantauan terutamanya di kawasan loji seperti Sungai Langat dan Sungai Selangor yang kerap tercemar.

“Bila cakap penguatkuasaan, saya tak bersetuju dengan menaikkan jumlah denda. Kalau dinaikkan sekalipun, selagi sikap tak berubah kita naikkan tinggi mana pun, ia tetap tercemar,” jelasnya.

Ujarnya, pendekatan terakhir yang boleh dibuat dalam menyelesaikan masalah sungai tercemar adalah dengan meningkatkan kesedaran melalui pendidikan secara berterusan.

Jelasnya, ia termasuklah kempen di media dan laman sosial yang boleh membantu memastikan sungai di negara ini lebih sihat dan berkualiti.

BERITA TRENDING: Malaysia Duduki Tempat Pertama Pencemaran Udara Tertinggi Di Dunia


BERITA TRENDING: Tak Dapat Buat Konsert, Coldplay Taja Mesin Perangkap Sampah Bersihkan Sungai Di Malaysia

BERITA TRENDING: Netizen Sebak Lihat Tukang Cuci Kutip Mainan Daripada Tempat Pembuangan Sampah

BERITA TRENDING: Tak Gembira Bergelar Selebriti, Aktres Ini Kerja Cuci Pinggan Di Restoran & Kutip Sampah

Sumber: Sinar Harian