Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum 2022 melabuhkan tirai dan tahun ini industri hiburan Korea Selatan juga mencatatkan pelbagai memori.

Dari mencipta populariti dan mengukuhkan nama di persada antarabangsa sehinggalah kontroversi yang melibatkan diri mereka.

Tidak ketinggalan juga ada tragedi besar menyayat hati yang tidak hanya melibatkan selebriti sebaliknya orang awam sehingga mendapat perhatian dunia.

Sebelum masuk tahun baharu 2023, jom refresh momen sepanjang 2022.

#Hyun Bin & Son Ye Jin Kahwin

Bukan fantasi tapi realiti! Tahun ini telah menyaksikan penyatuan dua bintang terkenal Korea, Son Ye Jin dan Hyun Bin pada Mac tahun ini. Majlis perkahwinan pasangan ini berlangsung di Aston House, Seoul Walker Hill Hotel.

Majlis turut dimeriahkan dengan nyanyian penyanyi terkenal, Gummy dan Kim Bum Soo. Menariknya, lagu yang dinyanyikan merupakan salah satu runut bunyi dalam drama Crash Landing On You iaitu Give You My Heart yang dilakonkan oleh pasangan ini.

Hyun Bin & Ye Jin bintang drama fenomena ini disahkan bercinta pada 1 Januari 2021.

BACA: Kongsi Baju Pengantin Mini, Son Ye Jin & Hyun Bin Umum Bakal Berkahwin – “Permulaan Hidup Baru Kami”

BACA: FOTO: Son Ye Jin, Hyun Bin Dedah Foto Perkahwinan, Cantiknya Pakai Baju Pengantin! Simple & Sweet

Bagaimanapun tahniah diucapkan kepada Hyun Bin dan Son Ye Jin yang selamat menimang cahaya mata lelaki pada November lalu. Sebelum ini dilaporkan tarikh jangkaan bersalin Ye Jin sepatunya pada bulan Disember namun pelakon cantik ini bersalin lebih awal.

BACA: Son Ye Jin Selamat Bersalin, Hyun Bin Kini Dah Jadi Bapa!

#Kim Garam Kaki Buli

Agensi naungan LE SSERAFIM, HYBE mengumumkan telah menamatkan kontrak eksklusif bersama Kim Garam yang merupakan anggota kumpulan K-Pop tersebut. Kim Garam didakwa pernah menjadi pembuli ketika zaman sekolah, bagaimanapun HYBE menafikan tuduhan tersebut.

Disebabkan spekulasi dan dakwaan ‘bukti’ yang disiarkan oleh individu yang mendakwa sebagai bekas rakan sekolah Kim Garam, ahli LE SSERAFIM itu direhatkan sementara daripada promosi hanya 3 minggu selepas penampilan sulungnya.

BACA: Isu Buli: Hybe Akhirnya Tamatkan Kontrak Eksklusif, Kim Garam Bukan Lagi Anggota LE SSERAFIM

#Dakwaan BTS V & BLACKPINK Jennie Bercinta

V BTS dan Jennie Blackpink mencuri perhatian netizen dengan gosip percintaan mereka. Beberapa keping foto mereka berdua dipercayai menghabiskan masa bersama di Pulau Jeju telah tersebar di internet.

Foto-foto tersebut antaranya memperlihatkan dua individu yang dipercauai V dan Jennie itu sedang menikmati percutian dan kebersamaan mereka dengan melawat beberapa lokasi bersejarah di pulau tersebut.

BACA: Foto V BTS Cium Dahi Jennie Blackpink Dating Di Pulau Jeju Tersebar

#Tragedi Itaewon

Pelakon dan juga bekas peserta program survival popular Korea, Produce 101 musim kedua, Lee Jihan, 24, meninggal dunia dalam tragedi Halloween di Itaewon.

Beberapa orang sahabatnya yang pernah bersama dengan Jihan semasa program berkenaan iaitu Park Hee Seok, Jo Jin Hyung dan Kim Do Hyun juga meluahkan kesedihan atas kehilangannya.

Terdahulu, sekurang-kurangnya 151 orang terbunuh dan 156 lain cedera dalam rempuhan maut di Itaewon, Seoul, selepas sekumpulan besar anak muda yang menyambut pesta Halloween terperangkap dan tersepit di lorong sempit.

BACA: Tragedi Halloween Itaewon, Pelakon Korea Dilapor Meninggal Dunia

#BTS Latihan Ketenteraan

Teka-teki berhubung isu berkaitan Latihan Khidmat Ketenteraan kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS akhirnya terjawab. Sebelum ini, isu mengenai pengecualian penyertaan BTS untuk Latihan Khidmat Ketenteraan sering menjadi topik hangat dalam netizen di Korea.

BACA: BTS Akhirnya Umum Sertai Latihan Ketenteraan, Dimulakan Dengan Jin

BACA: Kongsi Gambar Rambut Pendek, Jin BTS Dah Ready Nak Sertai Perkhidmatan Wajib Ketenteraan!

#Kris Wu Dipenjara 13 Tahun

Penyanyi yang juga merupakakan bekas anggota kumpulan K-Pop terkenal EXO, Kris Wu dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun atas kesalahan merogol. Hukuman tersebut diputuskan oleh Mahkamah Rakyat Daerah Chaoyang Beijing terhadap bintang pop Kanada kelahiran China itu.

Kris didapati bersalah atas dua kesalahan iaitu melakukan jenayah rogol dan mengumpulkan beberapa individu lain melakukan aktiviti seksual.

BACA: Bekas Anggota Kumpulan EXO, Kris Wu Dipenjara 13 Tahun

#Meninggal Dunia

Pelakon Korea, Kang Soo Yeon dilaporkan telah meninggal dunia di usia 55 tahun. Soo Yeon ditemui dalam keadaan dirinya terkena serangan jantung kira-kira jam 5 petang pada 5 Mei lalu di kediamannya yang terletak di Apgujeong, Gangnam, Seoul.

BACA: Kang Soo Yeon Meninggal Dunia

Pelakon veteran Korea, Yeom Dong Heon dilaporkan meninggal dunia pada usia 55 tahun. Mendiang meninggal dunia pada 2 Disember pada jam 11:50 malam (waktu Korea).

BACA: ‘Datuk’ K-Drama Paling Disayangi, Yeom Dong Heon Meninggal Dunia

#Pemain Bola Cho Gue Sung Viral Sebab Kacak

Pemain nombor 9 dari skuad Korea Selatan tiba tiba menjadi viral selepas perlawanan menentang Uruguay dalam temasya Piala Dunia Qatar 2022 baru baru ini.

Pemain itu adalah Cho Gue Sung. Dia mula mencuri tumpuan penonton dan peminat bola sepak selepas dirinya bergambar dengan Jungkook BTS dan kemudian menyumbat dua gol dalam perlawanan menentang Ghana.

BACA: [FOTO] Lupakan Ronaldo, Pemain Korea Selatan, Cho Gue Sung Viral Kerana Kacak, Semak Fakta Ini

#Gangguan Seksual

Baru menjadi kebanggaan industri perfileman Korea Selatan apabila menjadi bintang pertama dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik Golden Globe, nama aktor veteran Oh Young Soo kini hangat dengan kontroversi. Bintang Squid Game berusia 78 tahun itu dituduh melakukan gangguan seksual.

BACA: Bintang Squid Game, Oh Young Soo Dituduh Lakukan Gangguan Seksual

#Teman Wanita British Song Joong Ki

Pelakon terkenal Korea, Song Joong Ki akhirnya mengesahkan dirinya kini sedang dilamun cinta. Menariknya figura popular ini memilih wanita British yang bukan dalam kalangan selebriti sebagai cinta hatinya.

BACA: Song Joong Ki Kini Bercinta, Wanita British Jadi Pilihan Hati

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.