Laman Utama

#OhAbeNik: Ramadan Pun Panas Dengan Kontroversi! Ini 5 Kisah Paling Laris Bualan Netizen

Amri Hassan
08/05/2021
04:09 MYT
Sponsor Banner
#OhAbeNik: Ramadan Pun Panas Dengan Kontroversi! Ini 5 Kisah Paling Laris Bualan Netizen
Ramadan hampir melabuhkan tirai. Berbaki kurang daripada seminggu lagu umat Islam seluruh dunia akan meraikan kedatangan bulan Syawal penuh nikmat.
Melewati fasa akhir Ramadan, pasti ramai yang tidak lupa pelbagai kontroversi sebenarnya terjadi sepanjang hampir sebulan ini.
Kisah yang Abe Nik rangkumkan semula ini patut dijadikan iktibar dan tauladan sempena bulan yang penuh keberkatan ini.
Berikut 5 kontroversi yang menjadi bualan netizen sepanjang Ramadan 2021.
1. Neelofa
Rentetan kisah langgar prosedur operasi standard (SOP) sejak dari majlis pernikahan pada Mac, episod bulan madu di Langkawi membawa kepada hukuman kompaun RM60,000 kepada pasangan pengantin baru Neelofa dan Haris Ismail.
BACA: Ingkar SOP, Neelofa & Keluarga Dikompaun RM60,000
BACA: "Saya Terima Dengan Hati Terbuka" - Neelofa
BACA: Isu Burger Moreh, Neelofa Mahu Bayarkan Kompaun Abe Burger
BACA: Terkejut Nama Trending Di Twitter, Fazura Memang Betul Nak Makan Lemang
Hukuman yang disifatkan netizen tidak cukup berat itu membawa kepada pelbagai kisah sampingan lain termasuk kompaun abang burger Kelantan RM50,000 hingga topik sohor kini Fazura dan Fattah Amin.
Tidak terhenti di situ, minggu lalu tular pula dakwaan Neelofa dan Haris merentas negeri untuk membeli karpet di Nilai, Negeri Sembilan.
BACA: Selepas Langgar SOP & Kena Kompaun, Neelofa Didakwa Rentas Negeri Lagi Pergi Kedai Karpet Pula
BACA: Neelofa Beli Karpet Iran Berkualiti Tinggi Bernilai RM10,000
BACA: Isu Rentas Negeri Pergi Kedai Karpet Di Nilai, Polis Panggil Neelofa & PU Riz Beri Keterangan
BACA: Neelofa, Haris & Peniaga Karpet Selesai Beri Keterangan Hampir Empat Jam​
BACA: Peguam Cadang Neelofa & PU Riz Didakwa Di Mahkamah & Dihukum Penjara
BACA: Neelofa Memang Jenis Laparkan Perhatian & Sengaja Cari Masalah - Shahrulezad​
BACA: "Apa Jadah Pi Nilai Beli Karpet!" - Namron Sindir Neelofa Rentas Negeri
2. Siti Nurhaliza
Majlis akikah dan tahnik putera penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa pada asalnya diraikan ramai.
Namun, ia mula menjadi persoalan tentang keberadaan beberapa orang kenamaan dan agamawan pada majlis tersebut seperti yang dikongsikan Siti di Instagram beliau.
Satu persatu tampil memberikan penjelasan namun netizen masih belum puas. Pihak berkuasa juga sudah pun mengambil keterangan daripada penganjur majlis terbabit.
Rentetan daripada kisah itu, Siti yang sedang berpantang memuatnaik status 'mengumpul pahala' di Instagram Stories, yang mencetuskan lebih ketegangan antara peminat dan pemain industri hiburan tempatan.
BACA: Majlis Tahnik Anak Didakwa Langgar SOP, Ini Penjelasan Siti Nurhaliza & Datuk K
BACA: Siti Nurhaliza Muat Naik Status Kumpul Pahala Percuma, Peminat Luah Perasaan Kecewa
BACA: "Kebetulan Ada Urusan Kerja Di KL, Saya Singgah..." - Ustaz Azhar Idrus
BACA: "Ustaz Mana Artis Ni Rujuk? Sendiri Buat Hal Sendiri Mengaku Dapat Pahala" - Ridhuan Tee
BACA: Suhaimi Saad Bidas Ridhuan Tee, Back Up Siti Nurhaliza​
3. Instafamous
Gambar Nadira Isaac bersama PU Amin ketika majlis berbuka puasa menerima kecaman hebat netizen. Selain seksi dan tidak menutup aurat, tempias sama dirasakan pendakwah lelaki itu menerusi foto yang tular pada pertengahan Ramadan lalu.
BACA: PU Amin Tanggung Malu, Instafamous Belum Padam Gambar Seksi
BACA: Instafamous Mengaku Salah Dengan PU Amin, Simpan Hasrat Nak Jemput Lagi Untuk Tazkirah Di Pejabat
Selain itu, video Hafiz Mahamad yang dirakamkan bersama anggota polis juga menjadi kecaman ramai. Dianggap mempersendakan pihak berkuasa, Hafiz juga dikecam kerana tidak memakai pelitup separuh muka ketika merakamkan video berkenaan.
Barangkali cubaan Hafiz untuk menyebarkan mesej kesedaran tentang rentas negeri dan pengorbanan anggota badan beruniform tidak sampai kepada netizen.
Hafiz dikompaun RM1,500.
BACA: Video Alasan Rentas Negeri Dapat Kecaman, Netizen Pertikai Hafiz Mahamad Guna Frontliners & Kereta Peronda
BACA: Video Alasan Rentas Negeri: Hafiz Mahamad Dikompaun RM1,500
Instafamous dan pelakon baharu Nurin Afiqah juga antara yang menjadi topik bualan netizen.
Turut dikompaun RM1,500 kerana melanggar SOP di sebuah majlis berbuka puasa, wanita itu membuka ruang lebih luas kepada masyarakat mengecamnya menerusi perang media sosial dengan Caprice.
BACA: Netizen Tak Puas Hati Majlis Buka Puasa Langgar SOP, Instafamous Nurin Mohon Maaf & Mengaku Salah
BACA: Caprice Buka Mulut Isu Majlis Buka Puasa Langgar SOP, Minta Instafamous Dedah Kebenaran
BACA: Nurif Afiqah Mengaku Dikompaun RM1,500, Nafi Gunakan Anak Yatim Promosi Produk
Masing-masing berbalas ugutan saman-menyaman pula. Bila nak habis?
4. Nora Ariffin & Annuar Musa
Fitnah pernikahan penyanyi kelahiran Kelantan, Datuk Nora Ariffin dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menjadi topik popular pada sambutan Nuzul Quran baru-baru ini.
Kedua-duanya terkejut dan tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku. Respon mereka, dakwaan berkahwin itu fitnah semata-mata!
BACA: Tular Dakwaan Nora Ariffin Kahwini Annuar Musa, Anak Sulung Tampil Bersuara!
BACA: Gosip Berkahwin Dengan Annuar Musa, Nora Ariffin; "Aduhai, Saya Masih Lagi ..."
BACA: "Nak Buat Fitnah, Saya Seorang Sajalah... " - Annuar Musa Ulas Dakwaan Kahwini Nora Ariffin​
5. Leeyanarahman
Bermula dengan perlanggaran SOP ketika majlis pertunjukan fesyen menjelang Ramadan, episod pemilik butik fesyen muslimah Leeyanarahman hampir tidak berkesudahan.
Pasangan yang mendedahkan aktiviti rentas negeri untuk menghantar hadiah kereta kepada orang tua mereka di Terengganu turut mengundang rasa kurang senang netizen.
Kemudiannya, baru-baru ini muncul pula ketidakpuasan hati pembeli busana raya yang dikeluarkan jenama itu apabila didakwa netizen terlalu ketat dan tidak patuh syariah.
BACA: "Tak Pakai Mask, Kebal Virus Ke Kak?" - Netizen Risau Fashion Show Jenama Tempatan Langgar SOP
BACA: Pemilik Butik Fesyen Mohon Maaf, Mengaku Kurang Sensitif - "Kata-Kata Itu Hanya Gurauan"
BACA: Mohon Maaf Atas Kecuaian, Mereka Buka Mask Sebab...
BACA: Pemilik Butik Fesyen Leeyanarahman Beri Keterangan Kepada Polis
BACA: Pemilik Butik Fesyen Leeyanarahman Rentas Negeri Demi Hadiahkan Kereta Untuk Mak Ayah
BACA: Dituduh Buat Bisnes Jual Baju Ketat, Pemilik Butik Pakaian Muslimah Tampil Penjelasan​
***
Biar apapun yang berlaku, siapa kita untuk menilai setiap tindak-tanduk yang mereka lakukan. Semuanya refleksi kepada cara pemikiran masing-masing.
Berani buat berani tanggung!
Semoga kita beroleh syafaat sepanjang bulan Ramadan yang penuh menduga pada tahun ini dan sempena berbaki beberapa hari saja lagi, marilah bersama-sama kita mengutip ganjaran pahala sebelum berlalunya bulan penuh berkat, Ramadan Al-Mubarak!
***
NOTA: #OhAbeNik merupakan pandangan peribadi penulis dalam berkongsi tips atau ulasan tentang isu semasa, gaya hidup, hobi, fesyen dan kemahiran harian.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar