Laman Utama
#OhAbeNik: Ramadan Pun Panas Dengan Kontroversi! Ini 5 Kisah Paling Laris Bualan Netizen
Ramadan hampir melabuhkan tirai. Berbaki kurang daripada seminggu lagu umat Islam seluruh dunia akan meraikan kedatangan bulan Syawal penuh nikmat.
Melewati fasa akhir Ramadan, pasti ramai yang tidak lupa pelbagai kontroversi sebenarnya terjadi sepanjang hampir sebulan ini.
Kisah yang Abe Nik rangkumkan semula ini patut dijadikan iktibar dan tauladan sempena bulan yang penuh keberkatan ini.
Berikut 5 kontroversi yang menjadi bualan netizen sepanjang Ramadan 2021.
1. Neelofa
Rentetan kisah langgar prosedur operasi standard (SOP) sejak dari majlis pernikahan pada Mac, episod bulan madu di Langkawi membawa kepada hukuman kompaun RM60,000 kepada pasangan pengantin baru Neelofa dan Haris Ismail.
Hukuman yang disifatkan netizen tidak cukup berat itu membawa kepada pelbagai kisah sampingan lain termasuk kompaun abang burger Kelantan RM50,000 hingga topik sohor kini Fazura dan Fattah Amin.
Tidak terhenti di situ, minggu lalu tular pula dakwaan Neelofa dan Haris merentas negeri untuk membeli karpet di Nilai, Negeri Sembilan.
BACA: Selepas Langgar SOP & Kena Kompaun, Neelofa Didakwa Rentas Negeri Lagi Pergi Kedai Karpet Pula
2. Siti Nurhaliza
Majlis akikah dan tahnik putera penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa pada asalnya diraikan ramai.
Namun, ia mula menjadi persoalan tentang keberadaan beberapa orang kenamaan dan agamawan pada majlis tersebut seperti yang dikongsikan Siti di Instagram beliau.
Satu persatu tampil memberikan penjelasan namun netizen masih belum puas. Pihak berkuasa juga sudah pun mengambil keterangan daripada penganjur majlis terbabit.
Rentetan daripada kisah itu, Siti yang sedang berpantang memuatnaik status 'mengumpul pahala' di Instagram Stories, yang mencetuskan lebih ketegangan antara peminat dan pemain industri hiburan tempatan.
3. Instafamous
Gambar Nadira Isaac bersama PU Amin ketika majlis berbuka puasa menerima kecaman hebat netizen. Selain seksi dan tidak menutup aurat, tempias sama dirasakan pendakwah lelaki itu menerusi foto yang tular pada pertengahan Ramadan lalu.
BACA: Instafamous Mengaku Salah Dengan PU Amin, Simpan Hasrat Nak Jemput Lagi Untuk Tazkirah Di Pejabat
Selain itu, video Hafiz Mahamad yang dirakamkan bersama anggota polis juga menjadi kecaman ramai. Dianggap mempersendakan pihak berkuasa, Hafiz juga dikecam kerana tidak memakai pelitup separuh muka ketika merakamkan video berkenaan.
Barangkali cubaan Hafiz untuk menyebarkan mesej kesedaran tentang rentas negeri dan pengorbanan anggota badan beruniform tidak sampai kepada netizen.
Hafiz dikompaun RM1,500.
Instafamous dan pelakon baharu Nurin Afiqah juga antara yang menjadi topik bualan netizen.
Turut dikompaun RM1,500 kerana melanggar SOP di sebuah majlis berbuka puasa, wanita itu membuka ruang lebih luas kepada masyarakat mengecamnya menerusi perang media sosial dengan Caprice.
BACA: Netizen Tak Puas Hati Majlis Buka Puasa Langgar SOP, Instafamous Nurin Mohon Maaf & Mengaku Salah
Masing-masing berbalas ugutan saman-menyaman pula. Bila nak habis?
4. Nora Ariffin & Annuar Musa
Fitnah pernikahan penyanyi kelahiran Kelantan, Datuk Nora Ariffin dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menjadi topik popular pada sambutan Nuzul Quran baru-baru ini.
Kedua-duanya terkejut dan tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku. Respon mereka, dakwaan berkahwin itu fitnah semata-mata!
5. Leeyanarahman
Bermula dengan perlanggaran SOP ketika majlis pertunjukan fesyen menjelang Ramadan, episod pemilik butik fesyen muslimah Leeyanarahman hampir tidak berkesudahan.
Pasangan yang mendedahkan aktiviti rentas negeri untuk menghantar hadiah kereta kepada orang tua mereka di Terengganu turut mengundang rasa kurang senang netizen.
Kemudiannya, baru-baru ini muncul pula ketidakpuasan hati pembeli busana raya yang dikeluarkan jenama itu apabila didakwa netizen terlalu ketat dan tidak patuh syariah.
BACA: "Tak Pakai Mask, Kebal Virus Ke Kak?" - Netizen Risau Fashion Show Jenama Tempatan Langgar SOP
***
Biar apapun yang berlaku, siapa kita untuk menilai setiap tindak-tanduk yang mereka lakukan. Semuanya refleksi kepada cara pemikiran masing-masing.
Berani buat berani tanggung!
Semoga kita beroleh syafaat sepanjang bulan Ramadan yang penuh menduga pada tahun ini dan sempena berbaki beberapa hari saja lagi, marilah bersama-sama kita mengutip ganjaran pahala sebelum berlalunya bulan penuh berkat, Ramadan Al-Mubarak!
***
NOTA: #OhAbeNik merupakan pandangan peribadi penulis dalam berkongsi tips atau ulasan tentang isu semasa, gaya hidup, hobi, fesyen dan kemahiran harian.
#Viral
#Nora Ariffin
#Trending
#Neelofa
#Kontroversi
#Ramadan
#Siti Nurhaliza
#Leeyanarahman
#Hafiz Mahamad
#Caprice
#Nadira Isaac
#Nurin Afiqah
#OhAbeNik