Menutup tahun 2023, industri seni tempatan turut mencoretkan pelbagai kisah dalam lipatan sejarah sepanjang tahun. Dalam erti kata mudahnya; artis buat perangai!

Kisah-kisah panas, pergaduhan sesama selebriti, kisah keluarga, cerai, buka tudung dan kemenangan anugerah menjadi antara topik yang paling menjadi bualan ramai.

Jom kita telusuri semula lembaran kisah-kisah paling kontroversi sepanjang tahun 2023!

Kelahi Nad Zainal & BFF

Bermula dengan pengumuman perkahwinan mengejut dengan Ungku Ismail, tumpuan terus menjadi milik pelakon Nad Zainal yang diberi sindiran sinis oleh Nabila Huda.

"Maaf tanya. Siapa ni? Pelakon ke?" tanya Nabila.

BERITA TRENDING: ​Nad Zainal Tak Nak Kusutkan Otak, Kawan Dengan Semua!

Umum mengetahui, kedua-dua pelakon tersebut sebelum ini sangat rapat dengan beberapa kenalan artis lain, antaranya Sharifah Sakinah, Sherry Alhadad dan Marsha Milan.

BERITA TRENDING: ​“Nad Zainal? Siapa Tu Pelakon Ke?”- Nabila Huda Pelik Tak Kenal Tapi IG Kena Block

Komen yang ditinggalkan Abil sekali gus memancing perhatian bukan sahaja pihak media, untuk menggali semula tentang keretakan hubungannya dengan Nad, malah turut membuatkan netizen berminat untuk mengambil tahu.

Jika pelakon dan pengacara Sherry Alhadad mengambil pendekatan ‘selamat’, Sharifah Sakinah pula berkongsi status mahu memadam hantaran berupa doa yang pernah dipohon untuk kesembuhan ‘sahabatnya’ itu dalam Instagram.

BERITA TRENDING: Sherry Alhadad Akui ‘Lost Contact’ Sejak Nad Zainal Kahwin - “Saya Sayang & Masih Anggap…

BERITA TRENDING: ​Sharifah Sakinah Harap Jumpa Nad Zainal Di Alam Lain - “Di Situ Tiada Radar”

Marsha Milan memilih untuk diam, walaupun dia tahu punca sehingga persahabatan antara mereka ‘terbelah’.

Semua nampak baik-baik sahaja pada awalnya, ketika industri hiburan tempatan heboh selepas Nad dimasukkan ke hospital dan dilaporkan koma selepas mengalami masalah pendarahan dalam paru-paru.

Shila Amzah, cerai ND Lala, rumah banglo Hulu Langat

Bermula daripada dakwaan kehadiran ‘penyondol’ yang menyebabkan penceraian Datuk ND Lala dan bekas isteri, Fauziah Sarman, tumpuan menjadi milik Shila Amzah apabila timbul isu membabitkan rumah banglo yang didiami ibu dan adik-adiknya.

BERITA TRENDING: “Saya Anggap Konflik Dah Selesai” - Shila Amzah Tak Mahu Gaduh Dengan Keluarga, Tetap…

BERITA TRENDING: “Dia Pindah Masuk Tanpa Kebenaran Saya” - Shila Amzah Beri Amaran, Desak Wanita Dipercayai Kekasih…

BERITA TRENDING: “Kita Tiada Beza, Awak Juga Cuci Kaki Masuk Rumah” - Ibu Shila Amzah Perli Menantu

BERITA TRENDING: Biadab! Shafiq Amzah Pernah Sindir Ubai – “Kau Ajar Sikit Bini, Kau Pun Mak Dah Meninggalkan?”

Bagaimanapun, penyanyi berusia 32 tahun itu dilihat sentiasa mendapat sokongan penuh daripada suami tercinta, Ubai dan juga adik lelakinya iaitu Syahir sepanjang isu ini.

Marissa Dania, si cantik tiba-tiba panas isu penyondol

Seawal pagi tersebarnya kontroversi tentang anak kepada pelakon terkenal Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania yang didakwa menjadi orang ketiga di dalam rumah tangga seorang wanita yang dikenali sebagai Misya bersama bekas suaminya.

BERITA TRENDING: Marissa Dania Mengaku Bersalah! - “Apa Yang Viral & Diperkatakan Ada Yang Benar”

Tidak berdiam diri, Marissa tampil mengaku kekhilafannya kerana menganggu rumah tangga wanita terbabit selain bertanggungjawab atas semua yang berlaku namun tidak mahu nama ibu bapanya terpalit.

BERITA TRENDING: “Yang Salah Tetap Salah, Pintu Taubat Sentiasa Terbuka” - Norman Hakim

Menurut Marissa dakwaan yang dilemparkan adalah tidak semuanya tepat malah dirinya juga sudah tiada kaitan lagi dengan pihak terbabit.

Yak Yak Yey Bell Ngasri

37 tahun bergelar anak seni bukanlah satu perjalanan yang mudah buat Bell Ngasri namun ianya berbaloi setelah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35).

BERITA TRENDING; Yak Yak Yey! Tepati Ramalan, Bell Ngasri Diumum Bintang Paling Popular! Ini Senarai Penuh Pemenang…

BERITA TRENDING: Berkat Restu Ibu, Minum Susu Atas Bas, Kemenangan Bell Ngasri Lambang Kualiti Di Atas Populariti

Bell berkata dia banyak mendapat tawaran lakonan selepas kemenangan tersebut hasil daripada sokongan peminat terhadapnya.

Menerusi kemenangan yang sama, Bell juga menerima hadiah sebuah kereta jenis Mini Cooper Clubman S.

Sophia Albarakbah & Aliff Aziz, isu penyondol

Dunia hiburan kecoh apabila pelakon Sophia Albarakbah, 30, didakwa menganggu keharmonian rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah ketika mereka sama-sama menjalani penggambaran sebuah drama.

Cinta lokasi di antara mereka didedahkan sendiri Bella yang berkongsi perbualan Sophia mengaku menyukai Aliff selain permohonan maaf dibuat aktres tersebut.

BERITA TRENDING: Sifatkan Label Penyondol Keterlaluan, Sophia Albarakbah Menangis Setiap Hari Kerana Dikecam

BERITA TRENDING: Didakwa 'Sondol' Rumah Tangga Bella Astillah Dengan Aliff Aziz, Ini Respon Sophia Albarakbah

BERITA TRENDING: “Banyak Lagi Lelaki Bujang Kenapa Nak Suami Orang…” - Nama Tiba-Tiba Kena Petik, Sophia Albarakbah…

BERITA TRENDING: “Cukup-Cukup La Salahkan Saya!” - Sophia Albarakbah Nafi Jadi ‘Penyondol’ Rumah Tangga…

BERITA TRENDING: Sophia Albarakbah Muncul Di Konsert GV10, Aliff Aziz; "It's An Open Stage, So..."

Bella turut mendakwa Sophia sering menghubungi Aliff termasuk selepas tamat waktu bekerja.

Susulan itu, Bella meletakkan syarat kepada Aliff untuk tidak lagi bergandingan dengan Sophia dalam mana-mana projek selepas ini.

Onar The 1975

Onar yang dibuat vokalis kumpulan The 1975, Matt Healy semasa melakukan persembahan atas pentas di konsert The Good Vibes Festival membuatkan baki festival itu dibatalkan serta-merta.

BERITA TRENDING: Penyanyi Lelaki Cium Gitaris Lelaki Di Festival Muzik, Band Dari UK Angkat Kaki, Dakwa Digam…

BERITA TRENDING: Good Vibes Festival 2023 Dibatalkan Serta Merta, Penganjur Cari Kaedah Terbaik Untuk Bayar Ganti…

BERITA TRENDING: Makan Daging Mentah, Pijak Bendera Korea, Raba Kemaluan Sendiri… Ini Hal-Hal Jijik Yang…

BERITA TRENDING: Sikap Biadap, Penganjur Tuntut Kumpulan The 1975 Bayar Denda RM12.3 Juta

Matt Healy mengundang kemarahan rakyat Malaysia apabila mencetus kontroversi dengan menghina undang-undang Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) di negara ini ketika membuat persembahan di atas pentas di festival terbabit.

Malah, penyanyi itu dengan sengaja bercium dengan rakan sekumpulannya, Ross McDonald di atas pentas sebagai tanda protes.

Susulan kejadian mengejutkan itu, The 1975 tidak dibenarkan meneruskan persembahan mereka.

Ops! Tudung terbang

Trend selebriti tempatan yang kembali membuka tudung semakin menjadi-jadi apabila sudah tujuh artis terkenal tanah air mengambil keputusan berkenaan pada tahun ini.

Antaranya mereka yang menarik perhatian adalah Mawar Rashid, Masya Masyitah, Nadia Annuar, Alya Iman, Tash Yong dan Intan Sarafina.

BERITA TRENDING: Pakai Skirt & Rambut Pink Barbie, Masya Masyitah Buka Tudung? Netizen - “Sebelum Ni Pakai Pelik, Kira…

BERITA TRENDING: Mawar Rashid Buka Tudung - “Saya Dah Cuba Tapi Saya Gagal”

BERITA TRENDING: [VIDEO] Buat Kejutan Gambar Raya Berambut Perang, Alya Iman Tidak Lagi Berhijab?

BERITA TRENDING: Nadia Annuar Muat Naik Gambar Tanpa Tudung Sempena Hari Lahir

Entah di mana silapnya, ramai antara mereka memberikan pelbagai alasan tidak munasabah seperti tidak mampu menipu diri sendiri, enggan hipokrit selain sukar untuk kekal istiqamah.

Biarpun industri seni dikejutkan dengan selebriti yang membuka hijab, namun terdapat juga artis yang melakukan penghijrahan kecil mereka dengan memilih mengenakan tudung seperti DJ Lin, Fatin Afeefa dan Salamiah Hassan.

BERITA TRENDING: "Saya Percaya Restu Ibu, Keputusan Berhijab & Ikhlas Bekerja Akan Buahkan Hasil" - DJ Lin

Kemelut Hafidz Roshdi & Shuhada, isu tumbuk & kahwin baru

Pada 27 Julai lalu Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan lafaz cerai dibuat pelakon Hafidz Roshdi, 29 terhadap Nurul Shuhada pada Februari lalu adalah sah.

BERITA TRENDING: Hafidz Roshdi & Shuhada Sah Cerai Talak Satu - "Puas Hati Dan Gembira..."

Tidak hanya isu penceraian, Hafidz juga berdepan dakwaan mencederakan Shuhada sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian muka dalam kejadian di susur keluar tol Sungai Buaya, Hulu Selangor pada 2 Mac lalu. Kes itu masih berjalan di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu.

BERITA TRENDING: Tumbuk Isteri Hingga Cedera, Hafidz Roshdi Bakal Didakwa Di Mahkamah

Hasil perkahwinan sejak 30 April 2016, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3 tahun.

Aktor itu kembali mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada pada 15 Disember lalu.

BERITA TRENDING: Kalau Dah Jodoh... Hafidz Roshdi & Athira Yuhada Selamat Bernikah

Cerai Rujuk Farid Kamil, Diana Danielle

Pelakon Diana Danielle mengejutkan banyak pihak apabila memfailkan penceraian terhadap aktor Farid Kamil pada 20 Mac 2023.

Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, bagaimanapun enggan melepaskan Diana malah berlaku babak pujuk memujuk ketika mereka hadir ke mahkamah.

Akhirnya, pada 10 Ogos lalu, pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling menerusi sidang secara atas talian.

BERITA TRENDING: Farid Kamil Tak Hadir Ke Mahkamah, Ceraikan Diana Danielle Menerusi Google Meet

Bagaimanapun jodoh Farid dan Diana masih kuat apabila mereka kembali rujuk tidak lama selepas itu.

BERITA TRENDING: Patutlah Mesra Cium Pipi, Farid & Diana Sudah Lebih 20 Hari Rujuk Semula

Farid dan Diana, 32, mendirikan rumah tangga pada 3 November 2021 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.

Kontroversi Coldplay, bendera pelangi, doa malapetaka

Kedatangan pemuzik dari London, Coldplay untuk beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November 2023 mencuit pelbagai perhatian, baik positif mahupun negatif.

BERITA TRENDING: 27 Tahun Penantian, Coldplay Rileks Perform Dalam Hujan & Terima Kasih Malaysia

Yang positifnya apabila tiket konsert yang terjual habis dalam tempoh tiga jam saja itu menjana pelbagai sumber pendapatan sosio-tourism negara.

Namun, yang tidak manisnya apabila konsert itu dipolemikkan oleh pelbagai pihak. Sokongan terhadap LGBTQ, kibaran bendera pelangi, desakan pembatalan, doa malapetaka antara isu yang dibangkitkan agamawan sebelum konsert berlangsung.

BERITA TRENDING: Azadan Rabbani Pesan Hindari Coldplay, Pilih Konsert Kerohanian - “Rosak Akhlak, Ada Pergaulan…

BERITA TRENDING: Pertahankan Konsert Coldplay, Individu Dikritik Warganet Di Platform X - “Haram Tetap Haram”

Malah, isu padang rosak selepas konsert Coldplay turut menjadi pertikaian segelintir pihak.